fbpx

Peragut curi RM2.27 bakal dipenjara 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang meragut beg tangan mengandungi wang 7,500 rupiah berjaya ditangkap oleh Polis Bandung pada minggu lalu. - Foto Antara/Istimewa/Suara.com

JAKARTA – Polis Bandung menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang budak perempuan yang berjalan bersendirian di Bandung, Jawa Barat pada Rabu lalu, lapor portal berita SerambiNews.com semalam.

Bagaimanapun, di dalam beg tangan itu, wang yang berjaya diperoleh pencuri tersebut hanyalah 7,500 rupiah (RM2.27).

Ketua polis  tempatan, Oliestha Ageng Wicaksana berkata,  dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian leher setelah beg tangannya diragut oleh lelaki berkenaan. 

Beliau juga menyatakan bahawa ketika video tentang kejadian itu beredar di media sosial, pihak polis bertindak melakukan siasatan tanpa menerima laporan tentang kes ragut tersebut.

“Baru kemudian keluarga korban membuat laporan di Balai Polis Bandung. Pada hari itu juga anggota kami melakukan siasatan dan Alhamdulillah minggu lalu, kami berhasil menangkap suspek,” katanya.

Kini, lelaki berkenaan yang merupakan kaki botol bakal dijel sembilan tahun kerana mencuri dengan melakukan pencurian dengan kekerasan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI