fbpx

Mohd. Amar enggan ulas, belum lihat senarai penuh Exco Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar

KOTA BHARU – Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengambil pendekatan tidak mahu mengulas panjang berhubung barisan baharu kepimpinan Exco kerajaan negeri yang baharu.

Beliau yang ditemui di hadapan rumahnya di Kampung Panchor di sini selepas menunaikan solat Asar di masjid berhampiran memaklumkan, beliau menerima ramai tetamu dan tidak dapat meluangkan masa untuk memberi sebarang ulasan.

“Saya belum melihat senarai penuh Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan mereka hari ini. Jadi, saya tidak boleh memberi sebarang ulasan buat masa ini.

“Saya ada ramai tetamu di rumah dan minta maaf kerana tidak dapat meluangkan masa ketika ini,” katanya.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, Mohd. Amar menegaskan beliau tiada masalah jika namanya tidak lagi dipilih untuk sebarang jawatan dalam kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, keputusan mengenai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar ditentukan pimpinan parti terutamanya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan perlu mendapat perkenan daripada Istana Kelantan.

“Ia merupakan proses biasa yang perlu dilalui. Saya sendiri tiada masalah sekiranya tidak dinamakan sebagai Menteri Besar atau Timbalan.

“Sebelum ini, saya tiada sebarang jawatan dan tidak pernah meminta jawatan apa pun. Sekiranya parti mahukan, kita perlu akur dan terima tanggungjawab itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI