fbpx

Kakitangan PBT disyaki songlap dana kesatuan sekerja direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Lelaki berusia 50-an tersebut ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Perintah reman berkenaan dibenarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mengesyaki suspek meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT itu untuk kegunaan peribadi.

“Dia yang juga bendahari kesatuan terbabit disyaki melakukan 30 transaksi pengeluaran dana kebajikan itu berjumlah keseluruhan hampir RM200,000.

“Perbuatan itu disyaki dilakukan suspek antara tahun 2017 hingga 2020,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu kira-kira pukul 12.30 tengahari semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI