fbpx

Sanusi angkat sumpah MB di hadapan Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menerima tauliah pelantikan jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sallehuddin pada Majlis Angkat Sumpah MB Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, di sini sebentar tadi.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Muhammad Sanusi, 49, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah bagi penggal kedua selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah bertanding satu lawan satu dengan calon muka baharu BN, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah manakala tiga lagi kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) iaitu di Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam.

Muhammad Sanusi sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu.

Beliau menggantikan ADUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila Sultan Sallehuddin mendapati Mukhriz hilang sokongan majoriti selepas menemubual kesemua ADUN negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI