fbpx

Remaja lemas di tali air pernah luah mahu mati syahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noridawati menunjukkan gambar arwah Muhammad Aidil Zaquan yang lemas di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam. Foto oleh ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

TUMPAT – Seorang remaja lelaki yang lemas semasa menyelamatkan dua sepupunya yang mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor di sini, semalam pernah meluahkan hasratnya untuk mahu mati syahid kira-kira dua minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, Muhammad Aidil Zaquan Abdullah, 13, dijumpai oleh penduduk kampung dan datuknya, Ismail Mamat, 67, selepas menyedari remaja tersebut lemas di tali air tersebut.

Ibu mangsa, Noridawati Ismail, 33, berkata, arwah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu meluahkan hasrat ingin mati syahid, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan mangsa hanya bergurau.

Menurutnya, ketika itu, dia berkongsi berita di Facebook mengenai kejadian lemas kepada mangsa.

“Saya memaklumkan bahawa mangsa yang lemas itu beruntung apabila dapat mati syahid kerana membantu orang lemas. Muhammad Aidil Zaquan kemudiannya menyampuk dengan mengatakan dia juga mahu syahid dengan cara sama.

“Saya pada awalnya beranggapan luahan itu hanya gurauan antara kami berdua. Selepas dua minggu, arwah pula yang meninggal dunia akibat lemas semasa menyelamatkan sepupunya. Hasratnya tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Sawa Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Noridawati memberitahu, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya kira-kira pukul 6.30 petang ketika berada berada di tempat kerja dekat sebuah kedai aksesori telefon.

Menurutnya, dia tidak dapat pulang awal semalam kerana hujan lebat ekoran berlaku di kawasan tempat kerjanya di Kampung Chabang Empat di sini.

“Ketika itu, adik menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas pulang dengan menunggang motosikal meredah hujan lebat.

“Semasa tiba tiba di tali berdekatan rumah itu, saya lihat arwah sudah tidak bernyawa dan mayatnya sudah diangkat ke tebing,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, di sini petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI