fbpx

Sanusi sahkan angkat sumpah MB Kedah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi di Kompleks Pas Kedah, semalam.

ALOR SETAR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah, di Istana Anak Bukit, di sini esok.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, juga menyatakan komitmennya untuk menjayakan gagasan The Greater Kedah 2035.

“Saya dijadualkan mengangkat sumpah pukul 10 pagi esok di Istana Anak Bukit.

“Saya tak tahu apa lagi nak datang selepas ini, saya harap rakyat Kedah akan terus bersama kita berjuang bersungguh-sungguh menjadikan negeri ini The Greater Kedah,” katanya ketika berucap pada Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah, di sini sebentar tadi.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Muhammad Sanusi Md. Nor mempertahankan DUN Jeneri dengan majoriti 16,050.

Beliau bertanding satu lawan satu dengan calon muka baharu BN, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI