fbpx

Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Seri Mutiara, hari ini.

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua hari ini.

Kon Yeow mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, kira-kira pukul 9.35 pagi di Seri Mutiara.

Turut hadir ialah isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar, dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Dalam PRN yang berlangsung semalam, Kon Yeow menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 7,116 mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), H’Ng Khoon Leng yang memperoleh 1,145 undi.

Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI