fbpx

Sekatan jalan raya di seluruh negara malam ini – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - GAMBAR ZULFADHLI ZAKI

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya besar-besaran di seluruh negara susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bermula pukul 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sekatan tersebut dibuat bagi tujuan menjamin keselamatan dan ketenteraman orang awam.

“Saya menyeru penyokong parti yang menang untuk tidak berkumpul beramai bagi meraikan kemenangan.

“Kami sentiasa siap siaga, bermula pukul 12 tengah malam ini sekatan jalan raya akan diadakan di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam akan tercapai dengan operasi ini.

“Apa yang dilihat, semasa penamaan calon penyokong sangat matang. Tiada kes yang serius cuma laporan lebih kepada kesalahan selain jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas PDRM yang bertungkus lumus berkhidmat sepanjang hari penamaan calon dan seterusnya.

“Ribuan terima kasih buat petugas PDRM yang bertungkus lumus pada hari penamaan calon dan pasca PRN bermula esok dan lusa.

Tambah beliau, pihaknya masih meneruskan kawalan di sekitar istana daripada sebarang gangguan pihak tertentu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI