fbpx

PRN: Tidak Rasmi – 20 calon Muda dijangka hilang wang deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri.

PETALING JAYA – Seramai 20 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dijangka hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Antara calonnya di Selangor, Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi hanya mendapat 1,834 undian daripada 65,904 jumlah undi di DUN Seri Serdang diikuti R. Thanusha yang mendapat undian sebanyak 2,339 daripada 65,105 jumlah undi di DUN Sentosa.

Sementara itu, di DUN Bukit Antarabangsa, Melanie Ting Yi Hlin mendapat sebanyak 1,462 undian daripada 46,726 jumlah undi.

Di Terengganu pula, Ketua Penerangan Muda, Loqman Long hanya meraih 376 undian daripada 9,676 jumlah undi di DUN Bandar.

Perkembangan sama turut berlaku di Pulau Pinang apabila calonnya di DUN Perai, Viky Harikrishnan memperoleh undian sebanyak 253 daripada 13,913 jumlah undi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI