fbpx

PRN: Proses mengundi di Selangor lancar – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan ketika meninjau proses undi di SK Klang Gate pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sekitar negeri Selangor setakat ini dilaporkan berjalan dengan lancar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil tinjauannya di enam pusat mengundi pagi ini mendapati keadaan terkawal dan berjalan lancar.

Beliau dijadualkan melawat pusat mengundi di Ampang, Kajang, Bangi, Bukit Antarabangsa dan Gombak.

“Alhamdulillah, proses berjalan lancar. Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 10 pagi, sebanyak 9.8 peratus telah keluar mengundi.

“Petang mungkin lagi ramai yang akan keluar mengundi. Trend pagi kita dapati pengundi adalah kurang.

“Tiada perkara menarik perhatian, semua berjalan lancar. Cuma tadi ada satu kes di Melawati di mana pengundi memakai pakaian parti ke pusat mengundi,” ujarnya ketika sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di sini, pagi.

Sehubungan itu, beliau juga meminta pengundi agar keluar mengundi awal berikutan cuaca hujan.

“Saya menyeru orang ramai agar keluar mengundi awal, jangan ‘last minute’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI