fbpx

PRN: Lagi kes tidak boleh mengundi, kad pengenalan didakwa digunakan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Facebook Shahidah Musa.

SUNGAI BULOH – Lagi kes individu gagal mengundi selepas maklumat peribadi mereka didakwa disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab menyebabkan mereka tidak boleh menunaikan tanggungawab itu.

Perkara tersebut diluahkan pengguna media sosial di Facebook, Shahidah Musa, 44, berkata, usahanya keluar untuk membuang undi tergendala apabila dimaklumkan kad pengenalannya sudah digunakan sebelum kehadirannya ke pusat pengundian, petang tadi.

“Baru balik daripada tempat mengundi tetapi tidak boleh mengundi.

“Ada orang gunakan identiti aku. Siapa yang gunakan (kad pengenalan) mengaku cepat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut hantaran tersebut, Shahidah keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari, Shah Alam, pada pukul 1.30 petang tadi sebelum dimaklumkan kad pengenalannya didaftarkan terlebih dahulu dan sudah mengundi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memaklumkan pihaknya mengesahkan perkara tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima sebanyak dua laporan polis berhubung isu berkenaan daripada dua individu berlainan dan lokasi yang berbeza.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI