fbpx

Tiada menteri terlibat rasuah sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada program Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada seorang menteri di bawah Kerajaan Perpaduan terlibat dengan rasuah selepas lapan bulan mentadbir.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu disahkan beliau selepas membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa.

Antaranya menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara.

“Lapan bulan dalam kerajaan , tiada seorang pun menteri disabitkan dengan kesalahan rasuah. Saya serius kerana (saya periksa dengan semua pihak berkuasa).

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof tahu. Wakil Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pun tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana menteri di bawah pentadbirannya sekiranya terlibat dalam kes rasuah.

“Kalau ada kes tak payah runding dan kita akan pecat serta merta.

“Ini berbeza dengan Perikatan Nasional (PN). Ada kes mahkamah jadi calon Perdana Menteri dan pemimpin hina raja masih disanjung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI