fbpx

Starlink dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dipilih sebagai kampung orang asli pertama untuk pemasangan perkhidmatan internet satelit Starlink.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Kampung Orang Asli Hulu Kemensah menjadi lokasi kedua pemasangan Starlink selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.

“Apabila saya turun ke sana pagi tadi, kualiti internet sedia ada sangat teruk. Hampir tiada. Sedangkan ada 135 penduduk yang tinggal di sana.

“Matlamat saya masih sama, iaitu memastikan baki tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada internet, diberi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Fahmi berkata, pada masa sama beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk membuat kajian tambahan penyelesaian jangka panjang termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.

“Semoga perkhidmatan internet ini memberi sinar baharu kepada penduduk setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI