fbpx

PRN: Harrison kempen bertongkat, buku lali bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harrison yang bertongkat ketika turun berkempen di sekitar kawasan DUN Jeram. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan kekal berkempen biarpun terpaksa bertongkat selepas kakinya mengalami jangkitan kuman.

Menurutnya, perkara itu disedari selepas buku lali kirinya mengalami bengkak pagi semalam.

“Ia bukan akibat gout atau terjatuh namun mungkin kerana saya banyak berjalan untuk berkempen lebih 15 jam sehari. Saya sudah menjalankan pemeriksaan di klinik dan doktor memaklumkan buku lalu ada jangkitan kuman,” katanya ketika ditemui di sini.

Jelas Harrison, kesulitan itu bagaimanapun perlu digagahi beliau bagi meneruskan kempen semaksimum mungkin sehingga detik tengah malam ini.

Ditanya mengenai tanggapan negatif segelintir pihak terhadap beliau, kata Harrison, semua rakyat mempunyai hak umtuk bersuara.

“Ia terserah kepada mereka untuk memberi pandangan masing-masing kerana saya mengamalkan politik sihat dan matang. Niat saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat dan merealisasikan manifesto PN termasuk menghapuskan caj parkir di utara Selangor jika diberi mandat esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI