fbpx

Shuhaily diumum Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkuat kuasa 30 Ogos ini.

Beliau akan mengisi kekosongan jawatan itu selepas Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara 23 Jun lalu.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, beliau antara 18 nama pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran berkuat kuasa tarikh sama.

Katanya, senarai diikuti dengan pertukaran Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Seterusnya, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Komersial Bukit Aman, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

“Komanden Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Tambah beliau, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Ibrahim Saad, dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

“Selain itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kedah, Senior Asisten Komisioner, Alzafni Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI