fbpx

Chelsea bakal didenda atau ditolak mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berdepan denda berat selain ditolak mata sekiranya kelab didapati bersalah dalam beberapa urusan perpindahan pemain dengan beberapa entiti luar negara ketika rejim Abramovich.

LONDON – Saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum bermula, namun Chelsea sudah menerima berita kurang menyenangkan apabila berdepan kemungkinan didenda atau ditolak mata.

Semuanya gara-gara laporan yang dibuat pemilik pasukan itu sendiri berhubung dakwaan Chelsea membayar jutaan ringgit kepada syarikat luar negara ke­tika berada di bawah rejim Roman Abramovich.

Walaupun masih belum didakwa, namun Chelsea mungkin berdepan denda yang berat selain ditolak mata sekiranya mereka didapati bersalah walaupun perkara tersebut dilakukan di bawah pemilik terdahulu.

Pemilik baharu The Blues dikatakan melaporkan sendiri perkara tersebut kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas mendapati ada urusan perpindahan yang tidak dimasukkan dalam laporan tahunan pasukan.

Pihak pendakwaan dikatakan akan meneliti perkara tersebut dengan mengenal pasti kemungkinan ada kaitan bebe­rapa urusan perpindahan pemain dengan beberapa entiti luar negara.

Difahamkan, pembayaran yang­ dibuat Chelsea kepada bapa pemain pertahanan Denmark, Andreas Christensen ketika dia menyertai The Blues pada 2012 akan menjadi sebahagian daripada siasatan tersebut.

Terdahulu, juara Eropah dua kali itu sudah membayar £8.6 juta (RM50.22 juta) kepada UEFA atas kesalahan yang dilakukan rejim terdahulu kerana melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI