fbpx

Kursi Pengajian Melayu BFSU, China diaktifkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Dr. Azlinda (tiga kiri) melancarkan Buku Koleksi Konsep Falsafah, Pemikiran dan Budaya China pada Majlis MoU bagi Kursi Pengajian Melayu antara USM dan BFSU China di Kementerian Pengajian Tinggi hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengaktifkan kembali Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China selepas ia tertunda sejak tahun 2017.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Azlinda Azman berkata, kursi itu diwujudkan kembali melalui pelaksanaan Model Baharu Kursi Akademik Luar Negara.

Beliau berkata, pengenalan model baharu kursi itu diperkenalkan bagi memastikan ia kekal relevan dan memenuhi kehendak semasa.

“Serentak itu, KPT melantik Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai rakan strategik untuk menguruskan hal ehwal kursi, menyelaras perbincangan dua hala bersama universiti hos dan mengkaji bidang kursi yang relevan.

“Pemilihan calon bagi kursi akademik luar negara itu terbuka kepada semua ahli akademik bertaraf Profesor daripada universiti awam dan swasta,” katanya ketika berucap pada
majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagu Kursi Pengajian Melayu antara USM dan BFSU, China di sini hari ini.

Katanya, pelantikan USM ini adalah langkah awal KPT untuk menggerakkan kursi akademik ini malah, beberapa universiti awam lain telah dikenalpasti menggerakkan kursia akademik luar negara yang lain.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, BFSU adalah rakan lama kolaborasi USM sejak 2014 lagi malah, beberapa program pengantarabangsaan Bahasa Melayu sudah digerakkan di China.

Menurutnya, antara aktiviti dilakukan termasuk Penawaran Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM) sejak 2018 membabitkan penyertaan pelajar jurusan Bahasa Melayu dari China bagi mengikuti program bahasa. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI