fbpx

Mahkamah: Lelaki Myanmar didakwa cabul nenek 71 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Jubair diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. - Foto oleh FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

AMPANG – Seorang tukang sapu warganegara Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga emas berusia 71 tahun, minggu lalu.

Video kejadian yang didakwa itu kemudian tular dalam laman sosial pada 4 Ogos iaitu dua hari selepas tertuduh diberkas polis.

Mohammad Jubair Musi Ullah, 23, yang juga pemegang  kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) turut menghadapi pertuduhan memastikan dadah jenis Ketamine ke dalam badannya.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang bekerja sebagai pengutip kotak pukul 3.30 petang, 2 Ogos lalu di hadapan sebuah premis menjual peralatan membuat kek di Taman Muda, Ampang.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan dadah, Mohammad Jubair didakwa melakukan perbuatan itu pukul 9 malam, hari yang sama di tandas Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000  dan penjara maksimum dua tahun.

Majistret Amalina Basirah Md. Top membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani agar tertuduh dilarang jamin.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan kes bagi melantik peguam, penyediaan laporan kimia dan serahan dokumen.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 71 tahun mengumpul kotak terpakai untuk dijual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI