fbpx

Kastam patahkan cubaan seludup rokok ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pun Sian (tengah) menunjukkan barang rampasan rokok seludup pada sidang akhbar kejayaan Kastam melalui Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok di Dengkil, hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

DENGKIL – Taktik sebuah sindiket yang cuba menyeludup rokok tanpa cukai dipercayai ke Australia gagal selepas berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi serbuan 1 Ogos lalu.

Dalam serbuan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor itu, sebanyak 1,043,200 juta batang rokok putih jenama Double Happiness bernilai RM136,112 berjaya dirampas dengan jumlah duti dan cukai yang cuba dielakkan sebanyak RM702,123.20.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah JKDM, Wong Pun Sian berkata, rokok putih itu ditemui dalam kontena 20 kaki yang disembunyikan dalam ruang perabot terpakai.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dagangan dalam sebuah kontena itu diikrar sebagai perabot terpakai dan ia berbeza dengan isi kandungan fizikal dagangan yang ditemui.

“Siasatan awal mendapati, sindiket menyorokkan rokok putih di dalam ruangan tersorok perabot-perabot yang di buat khas seperti meja perabot dan lain-lain bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

“Kami turut menahan seorang lelaki berusia 30an yang juga ejen penghantaran untuk siasatan lanjut selain merakam keterangan enam saksi lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Pun Sian berkata, pasukannya turut merampas 3,032,000 juta batang rokok bernilai RM 338,720 dengan jumlah duti dan cukai yang cuba dielakkan sebanyak RM2,034,999.20 di MWE Kepong Cmmercial Park, Kuala Lumpur.

Menurutnya, rampasan membabitkan rokok putih pelbagai jenama seperti JDB John, Zon King, Canyon dan UR serta rokok kretek jenama LA, Gajah Baru, Surya, Sempoerna, Dji Sam Soe, dan Touro. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI