fbpx

Ibu, rakan wanita berperwatakan lelaki dituduh dera remaja 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subatradevi (depan) dan Sasikalah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mendera.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendera anak perempuan kandungnya sendiri berusia 13 tahun sejak Julai lalu.

Turut berhadapan pertuduhan mendera mangsa ialah seorang wanita berperwatakan lelaki berusia 34 tahun.

Tertuduh, K. Subatradevi, 41, dan G. Sasikalah, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di mahkamah berasingan. Mereka bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran.

Mengikut pertuduhan pertama, Subatradevi didakwa menganiaya anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan pada muka, dahi, kepala, tangan dan siku kiri.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama yang mungkin menyebabkan kecederaan di bahagian depan badan.

Kesalahan dilakukan pada pukul 11.30 pagi, 1 Ogos dan pukul 12 tengah hari, Julai lepas. Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu 1, di sini.

Sementara itu, Sasikalah berdepan satu pertuduhan mendera yang mungkin menyebabkan mangsa cedera pada muka dan kepala.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada pukul 11 pagi, 31 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI