fbpx

Hamidin tidak minat untuk pimpin BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (barisan belakang, tiga dari kiri) bergambar pada majlis kerjasama dengan pengedar rasmi Caterpillar (CAT), Marco Worldwide (M) Sdn. Bhd. di Wisma FAM semalam.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin bertegas, beliau bukan ‘gila kuasa’ selepas ada pihak mencanangkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku Presiden pada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hamidin yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan, tanggungjawab dirinya sudah cukup besar dan agak sukar untuknya menggalas satu lagi badan induk besar dalam industri sukan negara.

“Sudah tentu nama ini (calon Presiden BAM) boleh disebut oleh semua orang tetapi saya tidak berminat. Kena faham ke­rana saya sudah memegang jawatan besar dalam bola sepak dan masih banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk FAM.

“Mana boleh pegang dua jawatan nanti orang kata gila. Mana mungkin saya pegang dua persatuan besar yang memiliki ramai peminat di negara ini.

“Saya rasa tidak sesuai dan tidak bagus. Lebih baik kita hentikan spekulasi itu,” katanya ketika ditemui pada majlis kerjasama dengan pengedar rasmi Caterpillar (CAT), Marco Worldwide (M) Sdn. Bhd. Wisma FAM semalam.

Sebelum ini, Mohamad Norza melakukan kejutan apabila mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden BAM sebaik sahaja tahun 2023 berakhir.

Ketika ditanya mengenai keputusan yang diambil Mohamad Norza, Hamidin menegaskan, semua pihak perlu menghorma­tinya dan harus memberi ruang kepada individu yang bakal di­pilih nanti.

“Saya fikir Tan Sri Norza sudah buat sesuatu untuk badminton dan (ia berlaku) di mana-mana pun, yang patah akan berganti. Saya pun begitu apabila akan meninggalkan FAM satu masa nanti. Beliau sudah membuat keputusan, jadi kita beri ruang kepadanya,” kata Hamidin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI