fbpx
Petugas SPR membuat persiapan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Selangor semalam bagi proses pengundian awal yang berlangsung hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Anwar seru pengundi awal pilih kerajaan yang kukuh dan stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi awal buat semua anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau mendoakan semoga proses pengundian yang berlangsung dapat berjalan lancar dan sempurna.

“Gunakan kuasa serta amanah yang diberikan kepada anda dengan baik untuk memilih wakil dan kerajaan negeri yang kukuh, yang lebih menggarap permasalahan rakyat serta stabil.

“Buatlah pilihan yang terbaik untuk membela nasib kalian dan keluarga, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Seramai 97,388 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) terdiri daripada anggota pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka di enam negeri hari ini.

Pengundian awal turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN