fbpx

Lelaki warga emas ditemui mati dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Paya Mas, Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa ditemui orang awam kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum menghubungi anggota di Balai Polis Simpang Renggam.

“Susulan itu anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke lokasi kejadian dan menemui lelaki itu yang lengkap berpakaian berusia 64 tahun di tepi kenderaan tersebut.

“Lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia selama kira-kira tiga hari dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurut Bahrin lagi, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan mayat diserahkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes berkenaan diklasifisasikan sebagai kematian mengejut (SD).

Pada masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam yang memaklumkan penemuan tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI