fbpx

Kelapa mungkin jadi komoditi bawah LKM – Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah pada sidang akhbar selepas Program Tanaman Koko sempena Trek Komoditi Zon Tengah 2023 di Kebun Lees Cocoa Farm, Tanjung Sepat, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

KUALA LANGAT – Kerajaan bersedia memasukkan kelapa sebagai komoditi di bawah Lembaga Koko Malaysia (LKM), sekali gus membantu pekebun tanaman tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, perkara berkenaan antara yang dicadangkan oleh para penanam koko di Selangor yang turut mengusahakan kelapa.

“Insya-Allah saya akan bawa isu ini susulan ketika sesi soal jawab tadi, mereka minta agar kelapa dimasukkan sebagai komoditi dan dijaga terus LKM.

“Saya akan cuba mengemukakan syor berkenaan kepada Kabinet untuk diperhalusi sama ada sesuai untuk pelaksanaan kelak,” katanya kepada pemberita, selepas program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung Malaysia 2023, di sini hari ini.

Semasa sesi soal jawab, seorang pengusaha koko yang menanam kelapa berkata, ramai dalam kalangan mereka mengalami kesukaran kerana kelapa di bawah selia Jabatan Pertanian.

Menjawab permintaan pekebun tersebut, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kelapa setakat ini belum sesuai dimasukkan di bawah komoditi negara kerana produk itu tidak dieksport tetapi diimport.

Beliau membayangkan usaha kemasukan kelapa yang dikawal selia LKM jika menjadi realiti perlu menyaksikan peningkatan pengeluaran komoditi berkenaan di pasaran domestik.

Ketika ini, Malaysia menghasilkan pengeluaran kelapa mencecah 536 juta biji setahun di kawasan berkeluasan 84,942 hektar meliputi varieti pandan, matag, yellow dan red dwarf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI