fbpx

266,117 rakyat Selangor peroleh manfaat dari Program Jualan Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (kiri) ketika mengadakan sesi walkabout di sekitar Program Jelajah JER Peringkat Selangor di Kompleks PKNS Bangi, hari ini. Foto oleh - M. Firdaus M. Johari/ KOSMO!

BANGI – Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi manfaat kepada hampir 2.1 juta penduduk dengan nilai jualan sebanyak RM 57 juta di seluruh negara.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, program tersebut memberi manfaat kepada 266,117 orang Selangor dengan nilai jualan sebanyak RM12.6 juta.

“Program Jualan Rahmah yang telah dilaksanakan sejak 11 Januari ini melibatkan 222 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan memberikan fokus di kawasan penempatan rakyat kumpulan B40.

“Ia dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan bersama pemain industri dan peniaga tempatan dengan kadar diskaun  melalui perkongsian yang ditanggung kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui di Program Jelajah Jualan Ehsan Rahmah (JER) Peringkat Selangor di Kompleks PKNS Bangi, di sini, hari ini.

Menurutnya, Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) merupakan kerjasama antara KPDN dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

“Program Jelajah Jualan Rahmah merupakan usaha kerajaan di bawah Inisiatif Payung Rahmah yang menawarkan penjimatan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus bagi jualan barangan keperluan harian berbanding harga pasaran.

“Program ini bukan hanya berkaitan pemberian subsidi oleh kerajaan untuk potongan harga barangan tetapi turut membuktikan komitmen kerajaan untuk meneruskan usaha di bawah Payung Rahmah,” ujarnya.

Kata Armizan, Perdana Menteri juga telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi perlaksanaan Program Jualan Rahmah di Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui tiga model iaitu kaedah di dalam premis, luar premis dan Jualan Rahmah Bergerak.

Tambahnya, KPDN bakal melaksanakan Kajian Impak Program Payung Rahmah bagi melihat keberkesanan dan kemampuan program tersebut bagu memastikan ia dapat memberikan kesan positif kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI