IPOH – Penduduk di sebuah pangsapuri di Menglembu di sini mendakwa sering melihat kanak-kanak lelaki duduk di tepi tingkap rumah dengan tangan terkeluar sambil melambai-lambai kepada sesiapa sahaja yang lalu lalang. Bagaimanapun mereka tidak menganggap ia sesuatu yang aneh apatah lagi menyangka kanak-kanak itu mahu meminta pertolongan. Sebaliknya mereka menyangka kanak-kanak itu sedang bermain. Lebih membuatkan mereka tidak mengesyaki sebarang kejadian dera apabila ibu mangsa dan teman lelakinya sering mempamerkan kemesraan selain ramah dengan penduduk sekitar. Setiap kali ditanya mengenai……