fbpx

Anwar puji Ahmad Zahid, Tok Guru Nik Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan UMNO berkemungkinan berkubur sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankannya daripada dibubarkan sebelum ini.

Perdana Menteri itu berkata, keberanian Ahmad Zahid itu yang sedikit sebanyak memperjudikan karier politiknya patut dihargai oleh semua ahli UMNO lain.

“Tetapi tak boleh nafi satu, dia (Ahmad Zahid) ada keberanian, orang lain kalau Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) panggil Zahid, you tutup UMNO. Kalau tak tutup you nanti kena.

“Tapi apa Zahid jawab? Saya tak boleh tutup kerana UMNO ini parti orang Melayu yang ada sejarah perjuangan besar. Jadi untuk itu kita ‘salute’ dengan pendirian dia yang bersedia untuk menanggung risiko diri untuk menyelamatkan parti dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, di sini hari ini.

Berucap lanjut, kata Anwar, tidak seperti kebanyakan pemimpin UMNO lain yang sanggup berpaling tadah daripada parti itu, namun Ahmad Zahid masih setia memperjuangkannya.

“Yang lain lompat, ‘team’ menteri-menteri yang lompat (parti) ini menteri dulu, kita akan menjadi pejuang Melayu. Yang kamu masih ada kuasa apa yang kamu buat? Tanah, projek kamu sakau, cakap banyak apa?” tegasnya.

Beliau pada masa sama turut memuji kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan mempunyai integriti sebagai pemimpin.

“Tak boleh dalam negara ini apa yang penting integriti, buat kesalahan tak apa, ada benda yang kita tak pandai tak apa tetapi ada benda yang perlu integriti sebab kita sokong dan berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz.

“Dia Pas tapi kita hormat dia sebab dia ada integriti. Dia tak ambil tanah, dia tak ambil balak, dia tak curi REE (unsur nadir bumi),” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan tentang pertemuan dengan Sultan Kedah bersama usahawan dari Indonesia sebelum ini bukan berkaitan penerokaan REE itu.

“Ada orang kata, ini Anwar bawa orang tauke dari Indonesia jumpa Kedah. Saya jumpa siapa? Saya menghadap Tuanku Sultan Kedah bukan saya panggil jumpa dia minta tanah tak ada.

“Saya bukan seperti anda dan kawan anda. Saya tidak menggunakan kuasa saya untuk mengkayakan saya, isteri dan keluarga saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI