fbpx

Anwar bukan anti Kedah, bawa pelaburan berbilion ringgit ke Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Jelajah Perpaduan Madani di Kupang, di Baling hari ini.

BALING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan anti Kedah dan ia dibuktikan dengan kejayaan membawa masuk pelaburan berbilion ringgit di Kulim, dekat sini.

Katanya, beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan akan membawa pelaburan ke seluruh negara.

“Awat saya anti Kedah kah? Saya bawa pelaburan berbilion ringgit ke Kedah tahu tak. Habaq sat kat depa tu.

“Anwar ini benci kepada orang Kedah, dia bagi semua kepada Pulau Pinang. Dekat Johor saya bagi, Pulau Pinang saya bagi. Aku ini PM Malaysia, faham tak lagi?” katanya pada Jelajah Perpaduan Madani di Kupang, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau berjaya membawa Infineon Technologies AG (Infineon) ke negara ini dengan penambahan pelaburan berbilion ringgit.

“Pelaburan ini terbesar luar dari Jerman. Di mana (pelaburan)? Kulim, negeri mana? Kedah.

“Sebab itu Kedah kena kalih bagi sama sebab kita boleh buat kerja. Jangan kata saya anti Kedah,” tambahnya.

Kosmo! semalam melaporkan Infineon mengumumkan rancangan untuk membina kilang di Kulim bagi mengeluarkan 0.2 meter fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) terbesar di dunia.

Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak $5 bilion euro bersamaan (RM24.5 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul tiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI