fbpx

Isu Misbun, BAM temui titik noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBUN menanti surat rasmi daripada BAM yang menawarkan semula jawatan sebagai jurulatih perseorangan remaja negara sebelum membuat keputusan lanjut.

BEKAS jurulatih perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek menunjukkan sikap profesionalisme tinggi apabila menerima permohonan maaf daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Pengurus peribadi Misbun, Nor Kamal Ahmad mengesahkan perkara itu, sekali gus menggambarkan konflik antara legenda badminton negara tersebut dengan BAM seakan-akan sudah menemui titik noktah.

“Apabila Tan Sri Norza sendiri yang membuat permohonan maaf, Misbun mengakui beliau berasa lega. Misbun menerima permohonan maaf itu dan anggap perkara ini selesai, beliau tidak mahu memanjangkan isu itu lagi.

“Buat masa ini, Misbun belum bersedia bertemu dengan pihak media. Beliau meminta saya membuat kenyataan kepada media berhubung perkara ini dan apa yang saya sampaikan, inilah yang diluahkan sendiri oleh Misbun,” kata Kamal.

Pada masa sama, Kamal menjelaskan, Misbun masih menanti surat rasmi daripada pihak BAM yang menawarkan semula jawatan sebagai jurulatih perseorangan remaja negara sebelum membuat keputusan lanjut.

Kelmarin, Norza menerusi satu sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara membuat permohonan maaf kepada Misbun selain menjelaskan masalah komunikasi menjadi punca kepada kemelut tersebut.

Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia, turut menawarkan semula jawatan tersebut kepada Misbun sehingga kontraknya berakhir hujung tahun ini.

Ia bagi membolehkan Misbun mengemudi skuad remaja negara menghadapi Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Tidak berakhir di situ, Norza turut membuat kejutan apabila mengumumkan akan melepaskan jawatannya penghujung tahun ini walaupun pernah meluahkan hasrat mahu mengundurkan diri selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI