fbpx

11 pintu rumah panjang ranap terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan rumah panjang Rh. Chaong di Tubau, Jalan Bintulu - Bakun pagi tadi.

BINTULU – Penduduk Rh. Chaong di Tubau, Jalan Bintulu – Bakun di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah akibat kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi mendapat rumah panjang itu telah terbakar 100 peratus. Pasukan bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu nozel salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jumlah penghuni rumah panjang yang mempunyai 11 pintu itu belum dipastikan lagi dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan serta kehilangan nyawa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI