fbpx

Peja lapor polis, nafi buat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan dirinya membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.

Menurut beliau, laporan yang dibuat terhadapnya adalah satu fitnah dan dirinya percaya wujud elemen hasutan.

“Saya dimaklumkan bahawa laporan tersebut mengaitkan nama saya dan beberapa tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut terhadap saya.

“Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah terbabit dalam laporan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu berkata, dirinya tidak berada di lokasi kejadian sebagaimana yang terkandung dalam laporan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan laporan tersebut menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu bagaimanapun ketika itu dirinya berada di Negeri Sembilan.

“Ramai saksi boleh mengesahkan kehadiran saya di Negeri Sembilan yang mana ketika itu saya menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu,” katanya.

Tambah Ahmad Faizal, dirinya meletakkan sepenuhnya kepercayaan terhadap pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap perkara ini.

“Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu laporan polis di media sosial yang didakwa dibuat seorang wanita mengaitkan Timbalan Presiden Bersatu itu.

Menerusi laporan polis tersebut, wanita tersebut mendakwa Ahmad Faizal mengeluarkan perkataan berbaur gangguan seksual terhadap dirinya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI