fbpx

Kerjasama ekonomi, pendidikan dibincang dengan Sultan Brunei – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) bersama Sultan Hassanal Bolkiah (kiri) di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia dan Brunei membincangkan kerjasama ekonomi, hal terkait antara dua negara berjiran dan pendidikan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara isu-isu pokok disentuh dalam lawatan negara Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah selama tiga hari ke Malaysia.

“Semoga apa yang dibincang ini mampu melonjakkan lagi hubungan antara kedua negara dan semangat ASEAN dalam menopang arus perubahan teknologi glokal,”katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.

Tambah Anwar, beliau sempat membawa Baginda melihat sekitar Seri Perdana Putrajaya yang dalam suasana santai dan penuh harmoni.

“Saya sempat memperkenalkan beberapa menteri kabinet kepada Baginda dan delegasi sementelahan ini platform terbaik dalam merapatkan silaturahim antara dua kerajaan,”ujar beliau.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI