fbpx

Suspek bakar isteri sudah lolos dari ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di ICU, Hospital Pulau Pinang (HPP).

SEBERANG PERAI – Suami ‘durjana’ yang sanggup membakar isterinya dengan minyak petrol sehingga mangsa kini bertarung nyawa dikatakan sudah meloloskan diri dari kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, usaha mengesan suspek kini diperluaskan dan pihaknya percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Hasil maklumat daripada saksi ketika operasi mengesan suspek dijalankan petang semalam memberitahu yang suspek berusia 36 itu sudah melarikan diri dengan menumpang sebuah van kilang.

“Keadaan mangsa yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) pula semakin kritikal dan doktor sudahpun memanggil ahli keluarganya,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya difahamkan yang harapan untuk mangsa bertahan hanya tinggal 20 peratus dipercayai akibat kesan kebakaran yang dialami pada bahagian atas badan.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan, seorang suami seperti tiada hati perut apabila sanggup membakar isterinya dengan minyak petrol di hadapan anak-anak dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, Isnin lalu.

Punca kejadian berlaku dipercayai akibat perselisihan faham keluarga sehingga membawa kepada tindakan luar kawalan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI