fbpx

Pelajar tikam pembuli dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembuli itu ditikam di belakang kelas. - Twitter

JAKARTA – Seorang pelajar sekolah menengah di Indonesia nekad menikam rakan sekelasnya gara-gara tidak tahan akibat sering dibuli, lapor laman berita Suara semalam.

Video dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik ke akaun Twitter @MasBiiem manakala kejadian itu berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan. 

Pada awalnya, pelajar yang dibuli itu dilihat memasuki kelas mangsa. Dia kemudian berjalan ke arah mangsa yang duduk di belakang kelas.

Pelajar itu terus menikam perut mangsa menggunakan objek tajam yang dibawanya sebelum melarikan diri keluar dari kelas.

Ketika kejadian, pelajar lain kelihatan senyap seolah-olah tidak menyedari serangan itu.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pengajaran untuk semua, berbuat baik dengan semua orang. Kita tidak tahu had kesabaran orang lain,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI