fbpx

Pas dalam krisis, Ahmad dijangka bukan lagi calon MB Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Alwi pada sidang akhbar BN-PH di Bangunan UMNO, Kota Bharu, Kelantan hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Pas ketika ini didakwa mengalami krisis dalaman selepas berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad, perebutan bagi jawatan Menteri Besar itu berlaku apabila Pas dijangka tidak akan mengekalkan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar.

“Pada hemat saya, Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini sekiranya Pas terus mentadbir Kelantan dan perkara itu hampir pasti.

“Cuma saya tidak pasti sama ada Menteri Besar itu daripada Pas atau daripada gabungan mereka, Perikatan Nasional (PN),” katanya pada sidang akhbar PRN BN-Pakatan Harapan (PH) di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Alwi turut mendakwa, berlaku protes secara senyap daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang digugurkan.

Katanya, pihaknya yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada Pas untuk mempertahankan Kelantan.

Media sebelum ini melaporkan, Pas Kelantan menegaskan parti itu tidak memerlukan calon Menteri Besar ‘bayangan’ kerana semua individu yang bertanding pada PRN layak untuk diangkat sebagai ketua jika terus diberi mandat oleh rakyat selepas 12 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI