fbpx

MotoGP: Pol Espargaro kembali warnai litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POL akan kembali beraksi selepas empat bulan berehat akibat kecederaan ketika insiden kemalangan di GP Portugal Mac lalu. - AFP

LONDON – Pelumba Sepanyol, Pol Espargaro mengakui dia kembali bersemangat selepas diberi lampu hijau untuk bersaing menjelang Grand Prix (GP) British minggu ini selepas empat bulan menjalani pemulihan akibat kemalangan sewaktu Grand Prix (GP) Portugal Mac lalu.

Pelumba GasGas Factory Racing Tech3 itu terlibat dalam kemalangan ngeri pada aksi pembuka tirai di litar Portimao hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan patah rahang, tulang belakang dan paru-paru.

Biarpun mempunyai harapan untuk bersaing di Grand Prix (GP) Itali pada Jun lalu, namun doktor belum berpuas hati dengan perkembangan pemulihan tulang belakangnya dan menangguhkan sehingga kembali ke GP British hujung minggu ini.

Selepas menguji jentera semasa Goodwood Festival of Speed bulan lepas buat kali pertama sejak kemalangannya, Tech3 telah mengesahkan Espargaro akan kembali bersaing perlumbaan minggu ini di Silverstone.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya berpeluang untuk bersaing semula selepas menjalani tempoh sukar ini.

“Saya telah bekerja keras sehingga tiba sehingga hari ini dan bagi saya untuk berada di Silverstone sudah menjadi hadiah besar buat saya selepas insiden di Portugal.

“Saya tahu bahawa perlu bersabar dan ia akan mengambil masa untuk kembali 100 peratus. Pada saat ini, saya bersemangat untuk menyahut cabaran ini,” katanya

Sepanjang sesi pemulihan kecederaan tersebut, pelumba berusia 31 tahun itu kehilangan 2.5 kilogram seminggu berikutan patah rahang di dua bahagian dan tertutup rapat selamat empat minggu. Keadaan tersebut menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk makan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI