fbpx

Suami sanggup bakar isteri dengan petrol depan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri menunjukkan keadaan mangsa yang melecur akibat dibakar suaminya dengan minyak petrol di sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, malam semalam.

GEORGE TOWN – Seorang suami seperti tiada hati perut apabila sanggup membakar isterinya dengan minyak petrol di kediaman mereka di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU) di sini malam semalam.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah akibat melecur kira-kira 27 peratus pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku daripada seorang jirannya kira-kira pukul 10.45 malam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, pengadu lelaki dan suspek berusia 36 tahun tinggal di kediaman yang disediakan untuk pekerja ladang berkenaan dan pasangan suami isteri tersebut telahpun mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu.

“Kejadian berlaku akibat perselisihan faham keluarga. Menurut anak lelaki mangsa, dia dan adik-adiknya ada terdengar pergaduhan di luar bilik mereka.

“Anak lelaki mangsa hendak keluar dari bilik tetapi pintu telah ditolak dari luar. Bagaimanapun, anak lelaki pasangan tersebut berjaya keluar dan melihat ibunya berada di belakang rumah dalam keadaan badan terbakar.

“Suspek cuba padamkan api dengan kain tetapi api jadi lebih besar. Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau memberitahu lagi, mangsa kemudiannya meminta pertolongan daripada anaknya dan jirannya turut membantu menelefon pihak ambulans.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap dan polis kini sedang giat mengesan suami wanita itu dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Hasil siasatan lanjut, ini merupakan kejadian kedua berlaku dan suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau,” ujarnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI