fbpx

[VIDEO] Tiga lelaki terlibat kes pukul guna rotan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun, Ipoh tular di media sosial.

IPOH – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian pukul menggunakan rotan di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun di sini, Khamis lalu.

Suspek berusia 43, 34 dan 28 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di sekitar Ipoh sejak semalam.

Difahamkan, seorang daripada lelaki yang ditahan itu merupakan individu yang dirakam dipukul dalam video tular di mana dia mengalami tiga kecederaan di bahagian kepala dan menerima 11 jahitan.

Lelaki yang juga mengalami lebam di bahagian belakang badan dan kaki itu telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chemor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek itu ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pergaduhan individu-individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Kita minta rakan suspek lain yang masih bebas untuk tampil menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menerusi laporan media Sabtu lalu, lima lelaki diburu polis berikutan video tular aksi pergaduhan kumpulan itu di atas jalan menggunakan senjata dipercayai rotan.

Video berdurasi 16 saat yang tular melalui aplikasi WhatsApp itu dipercayai berlaku pada pukul 5.30 petang, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI