fbpx

Kanak-kanak lelaki 9 tahun mati didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang mati dipercayai akibat didera di Taman Panglima, Assam Kumbang, Taiping semalam.

TAIPING – Seorang wanita dan teman lelakinya diberkas berhubung kematian kanak-kanak lelaki di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi yang memaklumkan tentang kematian seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

“Pihak polis bersama ambulans dan pihak forensik pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati ada unsur penderaan ke atas mangsa,” katanya di sini hari ini

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

“Ibu si mati berusia 36 tahun tinggal bersama teman lelakinya di rumah berkenaan. Siasatan turut mendapati mangsa dipercayai didera sejak Mac lalu,” katanya.

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa dan teman lelakinya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI