fbpx

Pemain bola, anak pemimpin politik pamer kekuatan pilihan raya negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Baddrol, Nurul Syazwani dan Altimate.

PETALING JAYA – Artis serta beberapa anak pemimpin politik yang disenaraikan pada Pilihan Raya Negeri PRN kali ini menarik perhatian orang ramai.

Antaranya adalah anak pe­rempuan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar iaitu Nurul Syaz­wani.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang itu bakal berdepan dengan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) negeri, Mohd. Yahya Mat Sahri.

Selain itu, anak Tan Sri Dr. Rais Yatim, Danni yang diletak sebagai calon PN di kerusi DUN Klawang memberitahu, dia tidak terbawa-bawa dengan naratif peningkatan kerjaya dalam politik adalah disebabkan bapanya dan telah berkecimpung selama 13 tahun dalam politik.

“Akan ada cakap-cakap bahawa apa yang saya dapat kerana bapa saya. Saya tidak mahu nafikannya kerana sudah tentu beliau (Rais) adalah bapa saya.

“Hakikatnya, saya telah bergelumang sejak 13 tahun lalu dan telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, pahit dan manis dalam dunia politik,” katanya yang bakal bersaing dengan sepupunya daripada PH, Datuk Bakri Sawir dan Saiful Bahri Jaaman.

Calon PKR bagi DUN Lembah Jaya, penyanyi rap dan kom­poser terkenal, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman pula berkata, dia teruja untuk bertanding walaupun ber­depan lawan yang hebat.

“Saya bertekad ingin menjadikan kawasan ini sesuai untuk di­diami semua lapisan masyarakat. Lembah Jaya merupakan tempat yang sesuai untuk saya besarkan anak-anak dan juga untuk ibu bapa saya yang sudah meningkat usia.

“Saya lihat, ramai orang yang berpencen memilih untuk tinggalkan kawasan ini dan berpindah ke kampung. Walaupun ini merupakan kawasan kota, saya harap dapat membawa sema­ngat ukhwah yang ada di kampung ke sini,” jelasnya.

Altimet akan berdepan de­ngan calon PN, Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua ­Penerangan Pas Ampang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI