fbpx

Tok Mat dicabar Rozmal di DUN Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, Sendayan, Seremban bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRN kali ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disaingi Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengumuman pertembungan satu lawan satu itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya DUN Rantau iaitu, Norazam Nayan.

Dalam pada itu Rozmal hadir di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, Sendayan di sini pada pukul 8.30 pagi manakala Mohamad tiba pada pukul 9.08 pagi.

Turut mengiringi Mohamad ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mohamad diwakili penyokong, Mohamad Yazid Jabbar manakala, pencadang pula adalah Hamdan Md. Nor manakala Rozmal diwakili penyokong, Ruzaizil Amril Riduan manakala, pencadang, Mohd. Rizal Abdullah.

Sebagai rekod, Mohamad merupakan penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2018.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat pusat penamaan calon tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI