fbpx

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membiarkan pemandu itu mengalihkan keretanya sendiri. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tersangkut selepas pemandunya nekad melalui jalan yang masih belum siap dibina, lapor laman berita Liputan 6.   

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @khairulbahari23. 

Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan beberapa pengguna jalan raya berkumpul untuk melihat sebuah MPV tersangkut dalam adunan tar yang masih belum kering.

Malangnya, tiada seorang pun daripada mereka yang mahu membantu mengalihkan kereta tersebut. 

Pemandunya dilihat berusaha mengalihkan kenderaannya namun keempat-empat tayarnya sudah tersekat dan tidak dapat digerakkan,  manakala asap dilihat naik ke udara. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pemandu itu terlalu ‘bijak’, jadi dia nekad melalui jalan itu,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI