fbpx

570 calon bertanding bentuk kerajaan di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR-Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Sebanyak 570 calon disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bagi membentuk kerajaan negeri masing-masing selepas urusan penamaan calon selesai pada pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 573 kertas penamaan calon yang dikemukakan oleh parti dan individu untuk bertanding dalam PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu.

“Bagaimanapun, satu kertas penamaan calon telah ditolak melibatkan parti Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Kelantan, manakala dua calon mengesahkan untuk bertanding pada PRK Kuala Terengganu.

“Jadi, sebanyak 572 bakal bertanding pada PRN dan PRK Kuala Terengganu kali ini,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

PRN yang membabitkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon dibuka seawal pukul 9 pagi tadi.

Calon mewakili parti politik atau bertanding atas tiket Bebas pada di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di semua pusat penamaan calon.

Selain 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di enam negeri itu, turut diadakan ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setelah kerusi berkenaan diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN kali ini diadakan bagi mengisi kekosongan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Berdasarkan statistik SPR, seramai 9,773,571 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRN enam negeri itu dengan Selangor memiliki jumlah pemilih tertinggi iaitu seramai 3,747,057 pengundi di ikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI