fbpx

PRN: PH tukar calon DUN Manir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eka.

KUALA NERUS – Pakatan Harapan (PH) membuat pertukaran calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir pada saat-saat akhir.

Eka Lisut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinamakan sebagai calon baharu DUN Manir menggantikan Mohd. Jusoh yang telah diumumkan pada 22 Julai lalu.

Selain Eka, dua lagi calon PKR masih kekal seperti diumumkan sebelum ini iaitu Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali bagi kerusi DUN Wakaf Mempelam dan Osman Umar (Sura).

Watikah tersebut disampaikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bilik Kenamaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari sebentar tadi.

Beliau yang juga Perdana Menteri turut menyampaikan watikah itu kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Azan Ismail.

Pada majlis sama, Anwar turut menyerahkan watikah kepada enam calon PKR dari Kelantan iaitu Zamakh Sari Ibrahim bagi DUN Pasir Pekan, Syed Mohd Alidustur Syed Md Zain (Panchor) dan Ezzat Hanuzi (Chetok).

Naziratul Aina Sayuty (Pasir Tumboh), Kamaruddin Mat Zin (Limbongan), Mohd Shukri Ishak (Mengkebang) dan Zinda Khalil Sastro Hassan (Tanjong Mas) juga menerima watikah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI