fbpx

PM sembah maklum pembangunan negara, Terengganu kepada Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) pada sesi menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Anwar menjunjung kasih kepada Sultan Mizan atas perkenan menerima beliau menghadap.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah menyembah maklum perkembangan terkini pembangunan negara dan negeri Terengganu termasuk peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, semalam,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendoakan semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Anwar menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Terengganu, tengah hari tadi.

Beliau juga sempat meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan jemaah sebelum makan tengahari di pekarangan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI