fbpx

Facebook digodam, Ella lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN Facebook Ella digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Ratu Rock, Ella bakal membuat laporan polis berhubung perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun Facebooknya.

Syarikat pengurusan pemilik nama penuh Nor Zila Aminuddin itu memaklumkan mereka menyerahkan kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Pada 27 Julai 2023, pukul 6 petang kami ambil maklum akaun Facebook rasmi Ella, @Ellaaminuddin telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Pihak pengurusan Ella dalam usaha melapor perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyerahkan semua maklumat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” kata kenyataan itu.

Daripada tinjauan ke laman berkenaan, hantaran terakhir membabitkan kerjaya penghibur berusia 56 tahun itu adalah pada 6 Julai 2022.

Sejak semalam sehingga pagi tadi penggodam telah memuatnaik lapan video baharu yang diambil daripada platform lain.

Perkara tersebut turut disedari peminatnya yang turut berkongsi kenyataan pengurusan Ella berkenaan perbuatan penggodam dalam ruangan komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI