fbpx

AC Milan bersiap buru Balogun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALOGUN menjadi sasaran Inter untuk mengetuai jentera serangan selepas mereka kecewa dengan sikap Lukaku. - AFP

MILAN – Inter Milan sedia melupakan penyerang Chelsea, Romelu Lukaku dan mengalihkan perhatian mereka terhadap penggempur Arsenal, Folarin Balogun pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Pengurusan Inter dilaporkan muak dengan drama dimainkan Lukaku dan sedia menggunakan peruntukan tersebut bagi membawa masuk Balogun yang sedia untuk dilepaskan naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Balogun yang menampilkan memukau bersama Reims dalam saingan Ligue 1 musim lalu dikatakan berjaya menarik perhatian pengurusan Inter yang sudah mula berkira-kira untuk membawanya ke San Siro.

Bagaimanapun, khidmat Balogun tidak boleh didapati dengan harga murah memandangkan Arsenal mahukan sekurang-kurangnya €40 juta (RM201.62 juta) untuk khidmat penyerang antarabangsa Amerika Syarikat (AS) itu.

Inter mungkin bersedia untuk memenuhi kemahuan The Gunners selepas mereka baru sahaja menerima €50 juta (RM252.05 juta) daripada Manchester United yang mendapatkan khidmat penjaga gol, Andre Onana.

Terdahulu, Inter mengadakan rundingan dengan Chelsea bagi mendapatkan khidmat Lukaku, namun ia gagal mencapai kata sepakat selepas The Blues tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan Inter.

Kemudian, ketika kedua-dua pasukan hampir mencapai kata sepakat, pemain antarabangsa Belgium itu gagal dihubungi sehingga menyebabkan Inter berang dan menamatkan rundingan bersama Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI