fbpx

[VIDEO] Budak 10 tahun teruja dapat status warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kanak-kanak lelaki yang teruja selepas berjaya mendapat status kewarganegaraan selepas 10 tahun.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun teruja dan gembira apabila berjaya memperoleh status warganegara Malaysia.

Menerusi perkongsian video On Sir di TikTok, difahamkan bapa kanak-kanak tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala isterinya, Kemboja, berdasarkan pengakuan yang dibuat anaknya itu.

Video tersebut dipercayai dirakam ketika mereka hadir ke pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyelesaikan urusan dokumentasi.

“Nama saya Neo Wei Jin. Saya seorang lelaki. Umur saya 10 tahun tinggal di Seri Damansara. Nama ayah saya Neo Kah King, warganegara Malaysia. Nama ibu saya Shinoyong, warganegara Kemboja,” katanya.

Dalam video sama, Wei Jin dengan bersemangat dilihat turut membacakan Rukun Negara, menghuraikan ciri-ciri Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku di samping ayahnya yang tidak dapat menahan sebak.

Rata-rata orang ramai tampil memberikan nasihat dan semangat buat kanak-kanak itu supaya menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

“Bagus dik, jangan hafal sahaja ya fahami setiap bait-bait ayat yang tersirat dan tanam dalam hati, Malaysia tanah tumpah negaraku,” pesan KinGs369.

“Alhamdulilah. Tahniah, didik jiwa dan diri sayangi negara Malaysia,” ujar Betty_supermom.

“Tahniah tuan, semoga dapat didik anak berjiwa patriotik, cintakan negara dan sanggup berjuang demi kedaulatan Sultan serta Raja-raja Melayu,” komen Kak_siti. – KOSMO! ONLINE

@onsir11 Sudah menunggu 10tahun, akhirnya dapat juga warganegaranya 等了10年,终于也得到了它的公民 #fyp #tiktokviral #trending #onsir #motivasihidup #buatbaik #tolongmenolong #warganegara ♬ Happy Song – Sound Viral 01

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI