fbpx

SPRM tahan ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ kes AMLA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ berusia 42 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), hari ini.

Menurut sumber, ahli perniagaan itu ditahan bersama dua lagi individu awal pagi tadi sebaik sahaja dipanggil oleh SPRM.

Difahamkan, siasatan sedang berjalan melibatkan dana meragukan bernilai lebih RM500 juta setakat ini.

Sehubungan itu, suspek turut dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Shah Alam, namun tiada sebarang pengesahan dikeluarkan SPRM setakat ini.

Sumber mendedahkan ahli perniagaan itu terbabit dalam pengurusan acara dan terkenal dengan membawa masuk artis asing bagi melakukan persembahan di dalam negara. – KOSMO! ONLINE

[Berita lanjut menyusul]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI