fbpx

Orang utan dengar degupan jantung bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang utan itu merapatkan telinganya pada kaca. - TikTok

SINGAPURA – Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan seekor orang utan bersandar pada kaca pameran di zoo untuk mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan seorang wanita.

Laman berita Mothership melaporkan, klip video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @ihsahnmohd.

Berdasarkan rakaman tersebut, isteri Ihsann yang mengandung dilihat mendekatkan perutnya ke arah kaca tersebut.

Di sisi lain, seekor orang utan mendekatkan telinganya pada panel kaca hampir pada perut wanita itu.

“Orang utan datang ke arah isteri saya yang sedang jamil dan mendengar degupan jantung bayi kami,” tulisnya. 

Dalam ruangan komen, Ihsahn memaklumkan bahawa ia merupakan suatu pengalaman yang baik.

Seorang netizen menyatakan bahawa nama orang utan itu ialah Charlie dan ia selesa dengan manusia kerana telah ‘dibesarkan sejak kecil’ di zoo tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI